Isnin, 17 Ogos 2009

Antara aktivitinyer...


sempoiiii...pakcik dan makcik nihhh....


Bersama-sama bakal usahawan berjaya Pulau Pinang....




Tahniah diucapkan sempena tamat kursus asas keusahawan PERDA pada 14-16 Ogos 2009 di Darul Aman Resort, Kedah

Rabu, 22 Julai 2009

untuk kaum hawa-mandi wiladah

Salam... sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini dimanfaatkan bersama..Insya- ALLLAH.. Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja. Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH...Nahuzubilla h'minzaliq. ..Wallahua'lam

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini..... Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci... Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.

Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang. Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin. Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata. Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani 2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:
1. Haid 2. Wiladah (melahirkan anak) 3. Nifas 4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.

Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar. 2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas. menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala". Tu la saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.


Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. . dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk.. cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah .

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama. Wallahua'lam .....tenQ yang ni yanie suruh forward kat sumer member...

Selasa, 14 Julai 2009

ambil 60 saat ajer....

Take 60 seconds & give this a shot yer...

MARI..MARI..MARI...


let's just see if Setan stops this one. We need to do this:

SAY - Subhanallah

- Alhamdulillah

- Allahuakbar

- Laa illaha illaallah, Muhamadur rasulullah

- Allahumma solli ala syadina Muhamad wa ala alihi wa sahbihi wasalim

THEN -tell ur frenz to recite it. after that sit back and watch the power of Allah work in ur life for doing the thing that u know He loves...insyaallah..

pendek tapi bermakna buat kita..

Apabila Allah CEPAT makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu,
Bila Dia LAMBAT makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia TIDAK makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
Oleh itu, sentiasa bersangka baiklah kamu kepada Allah dalam apa jua keadaan pun...kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya...

Selasa, 7 Julai 2009

salam..ini ler chipone

tengokler...

kegemaran ku

sihat ala Rasulullah s.a.w


Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim) Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain : - Berlimpah pahala dari Allah - Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB - Memperkuat pikiran dan menyihatkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasulullah senantiasa rapi & bersih, tiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari Jumáat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dgn adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

GEMAR BERJALAN KAKI Rasulullah selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

TIDAK PEMARAH Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring. - Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan - Segeralah berwudhu'. - Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

TAK PERNAH IRI HATI Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.